Social Icons

Pages

Thursday, February 13, 2014

Kalau benarlah kita prihatin!

Hari itu terpapar satu artikel dalam laman web ini kisah seorang gadis Islam Rohinya yang diseksa dan diperkosa oleh rejim zalim dan anjing-anjing bajingannya. Sama ada penganiayaan umat Islam Rohinya di Burma atas dasar kebencian bangsa atau agama atau keduanya, ia tidak banyak beza dari sudut kewajipan dan tuntutan terhadap kita untuk membantu mereka.

Apapun bagi kita di bumi Malaysia, janganlah  sekadar simpati sahaja kerana ia terlalu kecil nilai ertinya sekiranya kita tidak melakukan perkara lain yang lebih penting yang kita sebenarnya terdaya melakukannya. Adalah tanggungjawab fardu ke atas kita untuk terus membantu setakat yang kita mampu antaranya :-

1.      memberi sumbangan setinggi yang kita mampu kepada pertubuhan yang dipercayai yang menyalurkan bantuan kepada umat Islam yang tertindas di sana.
2.      menyebarluas maklumat dan kefahaman yang tepat kepada semua manusia (islam dan bukan islam) dengan tujuan mendapatkan sokongan dalam pelbagai bentuk.
3.      berdoa sebanyak-banyaknya  (dengan skrip yang baik) bagi kebaikan umat yang ditindas dan umat Islam yang ingin memperjuangkan Islam di Syria, Mesir, Palestin, Iraq , Burma dan  lain-lain.

Namun ada satu idea relevan untuk saya kongsikan berkaitan tujuan para 3 di atas iaitu tentang “Doa Dalam Bahasa Arab” di masjid dan surau-surau sama ada dilakukan oleh Imam-iman yang faham,fasih bahasa arab atau tidak :-

Doa Bahasa Arab:-

Poin 1 : Sebahagian imam kita sangat fasih berdoa di dalam bahasa arab. Malangnya tidak tahu bercakap berbahasa arab. Kita hafaz doa itu. Kalau hafazan kita baik, kuranglah risiko tersilap pada lafaz doa, tertukar perkataan atau tersalah baris - sehingga merisiko berubah makna yang baik kepada yang tidak. (Seperti pernah seorang lelaki berusia, kerana tua nya, diminta jadi imam apabila imam lazim surau tiada maka semasa berdoa dia membaca termasuklah  ‘Allahumahtimlana……. wa la tahtim alaina bihusni hotimah’).

Poin 2 : Kita fasih melafaz doa dalam bahasa arab setakat yang kita hafal. Kita tidak mampu menambah secara spontan kerana kita tidak pandai bahasa arab. Kalau nak menambah, kita perlu dapatkan skrip tambahan itu dan perlu berusaha untuk hafal. Maka beberapa masa diperlukan sebelum kita berani untuk melafazkan di depan umum, penambahan lafaz doa itu. Kerana itu apabila berlaku situasi menyayat hati di Syria, Burma, diikuti Mesir, imam kita tidak mampu mencipta skrip doa spontan untuk saudara-saudari kita yang ditindas di negara mereka.

Sudahlah sumbangan wang tiada atau tidak seberapa, berdoa pun tidak dapat dilakukan juga. Akibatnya sangat kurang didengar doa-doa ini dibaca di masjid-masjid dan surau-surau.

Please buktikan saya salah dalam dakwaan ini!

Alangkah malang dan teruknya, bukan mereka tetapi kita, di sisi Tuhan maha Esa.

Poin 3 : Mungkin kita memahami makna doa yang dibaca, maka syok dan syahdulah kita, kita sendiri sahaja sebab apa? Sebab majoriti makmum tidak memahaminya. Bila tidak faham, tiada penghayatan. Tiada penghayatan, takut terganggu keikhlasan dan kekusyukan. Bila yang demikian, takut kurang menjadi musabab untuk kemakbulan. Wallahu   taala alam.

Ah! kenapa umat melayu kita ni masih tak  faham-faham. Buat sesuatu mestilah dengan kefahaman! 

Resolusi:- Sudah sampai masanya untuk reformasi atau transformasi dibuat. Doa senjata orang mukmin ,tapi kalau tidak tahu guna, atau tidak dengan caranya, setakat mana ia dapat ‘melukakan’ musuh durjana… 

Berdoalah di dalam bahasa melayu. Kita hafal terjemahan doa itu atau lebih baik juga kita karang skrip yang bagus dan menyeluruh. Ada bunga bahasa, ada unsur metafora, ada pujian-pujian kepada nama dan sifat Allah yang maha sempurna dan agung, dengan diselangseli pada bait-bait lirik doa. Buat 2-3 skrip berbeza supaya , sentiasa segar pada malam-malam terawikh. Berlatih berdoa supaya, sebutan lancar, tonasi baik, pitching tak lari. Biar semua dengar, ‘tangkap sayu,’ meleleh airmata membasahi janggut sambil mengamin.

Dengan berdoa dalam bahasa yang kita mahir dan makmum mahir, tentulah juga tiada masalah jika ada keperluan tiba-tiba untuk kita meminda atau menambah lafaz doa seperti bagi mendoakan saudara kita yang dizalimi di Palestin, Syria, Mesir dan sebagainya.

Pada ketika itu, satu aspek penting dalam ibadah kita, iaitu ibadah doa yang diumpamakan sebagai senjata orang mukmin telah dilaksanakan dengan kefahaman.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim , 
Segala Puji Tertinggi Dan Teragung Hanya Untuk Mu,
hisham-ahmad.blogspot.com

No comments:

Post a Comment