Inilah adalah pesanan yang penting. Bacalah betuk-betul kerana mungkin kita teralpa walaupun mungkin kita tahu mengenainya.
Ketahuilah
kita sentiasa berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi yang
memerlukan kita untuk membuat pilihan, keputusan atau tindakan. Ia
menjadi penting atau lebih penting, jika pilihan, keputusan atau
tindakan itu melibatkan pilihan antara 2 perkara atau lebih dan apabila
ia mempunyai kaitan dengan orang lain sama ada berkaitan hak atau
tanggungjawab.
Maka
ketika itu kita adalah berkedudukan sebagai hakim yang adil kepada diri
kita sendiri dan kepada orang lain yang terkesan dengannya. Inilah
tuntutan Allah atas diri setiap insan.
Oleh
itu, setiap seorang itu adalah hakim bagi dirinya sendiri. Diri sendiri
adalah hakim yang ditugaskan untuk menilai dan mempertimbangkan sebelum
kita membuat keputusan dan tindakan itu.
Sentiasalah Menegakkan Dan Menerangkan Kebenaran
dan Berlaku Adillah Kepada Sesiapa Sahaja
Justeru,
sifat adil adalah syarat menjadi hakim. Kita diseru dan perlu berlaku
adil dalam semua perkara. Keadilan itu menuntut kita mendengar daripada
kedua belah pihak secara saksama sebelum membuat keputusan dan memberi
penghukuman. Keadilan juga memerlukan kita menolak segala unsur berat
sebelah (biased) dan sikap berpihak. Keadilan mengkehendaki agar
pertimbangan dibuat atas hujah, fakta dan dalil bukan emosi. Hanya
dengan itu kebenaran diperolehi atau sekurang-kurangnya dapat dihampiri.
Selain daripada itu adalah kezaliman. Kezaliman diri sendiri yang akan
dipertanggungjawab nanti.
Dalil 1 :-
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (Kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”
.Surah al-Maa’idah 5:8)
Kewajipan Mempunyai Maklumat Mencukupi
Sesuatu
pandangan itu sudah tentu kuat jika ia menepati al Quran dan As-Sunnah.
Sudah tentu kita orang biasa akan merasa selamat jika dapat bergantung
kepada pandangan ilmuan agama yang kita yakini paling betul dan sangat
dekat dengan hati dan fikiran kita.
Untuk
itu sekiranya kita menerima sesuatu perkara dan ingin beramal
dengannya, tentulah kita telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi
mengenainya. Barulah kita boleh katakan kita berpegang dengan suatu yang
betul dan diyakini. Kita tak mahu jadi pak turut atau pak sanggup.
Kita akan dipersoalkan atas setiap pilihan, keputusan dan tindakan yang kita ambil. Kita akan dipertanggungjawabkan.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (surah al-israa’17:36)
Contoh Rujukan & Perbandingan.
Sebagai satu contoh yang mudah dan tidak sensitif. Isu Sutrah
(Pendinding Solat). Kita dimaklumkan seorang ustaz bahawa dalam mazhab
kita tidak wajib. Satu pandangan. Kita pun diberikan sedikit hujah dan
adil. Katanya ada kes sahabat melintas depan orang solat dan nabi tak
tegurpun. Tapi dalam masa yang sama, ustaz itu tidak memberitahu
kedudukan pandangan yang lain. Kalau dia tak tahu tak apalah. Kalau dia
tahu tak patutlah.
Kita
kemudian menemui satu ustaz lain, lalu dia menerangkan kita walaupun
tidak wajib (kerana ada dalil yang melonggarkannya) namun ia sunnah yang
sangat dituntut kerana terdapat teguran yang keras dalam hadith-hadith
sahih yang membuktikan kepentingan perkara ini.
(Dalil
pun diberikan tentang 1 hadith di mana kita disuruh menunggu walaupun
begitu lama daripada melintasi orang solat kerana besarnya dosa itu dan
hadith 2, yang melintas diumpamakan syaitan yang perlu dicegah dengan
keras).
Berdasarkan maklumat tambahan ini kita dapat membuat keputusan lebih tepat dan adil. Kita mungkin berfikir,”Syukurlah
ia tidak wajib kalau tidak kena berhati-hati betul. Tak boleh nak solat
sebarang tempat. Tapi ada ancaman dosa. Buat apa ambil risiko. Carilah
pendinding bila nak solat. Lagipun aku kata nak ikut sunnnah nabi. Ini
sunnah yang digalakkan, penting dan dituntut. Seboleh mungkin aku akan
usahakan, bukan susah benda.”
Dengan
ada maklumat penting dan relevan beserta dikemukakan dalil yang sahih,
kita gembira dapat membuat keputusan dan pilihan yang lebih baik … bagi
diri kita di sisi Allah. Insya Allah.
“Sejak
dari hari itu, bila sahaja aku masuk masjid aku terus ke saf pertama,
tak perlu risau orang nak lintas. Kalau takda pilihan, aku cari dinding,
tiang atau kipas untuk guna sebagai penghalang (sutrah). Kalau tak aku
ambil rehal buka dan letak didepan ku kadar kawasan sujud aku. Siapa
lintas juga kawasan larangan ni , siaplah.. .he he kata aku. Pernah aku
solat dengan menjadikan punggong orang duduk sebagai sutrah, tapi mamat
tu blah pula masa aku lum habis solat.. takpelah aku dah cuba. Moga
takda orang lintas .”
Inilah
sikap hakim adil dalam diri, Mereka mendengar pelbagai pendapat dan
pandangan. Lalu mereka memilih yang paling baik. Inilah yang
diperintahkan Allah swt.
Dalil 3 :-
Maka gembirakanlah hamba-hamba-Ku, yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikut apa yang terbaik ( Untuk diamalkan dalam urusan agama), mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang yang berakal sempurna. –
al-Zumar (39) : 17-18
Kewajipan Menyampaikan Maklumat dan Menaqalkan Ilmu Secara Adil
Kita
harap semua orang bersikap adil dalam memberi pandangan. Bersikap telus
dan jelas dalam menyampaikan ilmu. Jangan bersikap mencari sokongan
tetapi benarkan seseorang itu membuat keputusannya sendiri, sekalipun
kelak dia memilih pandangan yang berbeza dengan kita.
Kita
hendaklah berkata tepat dan benar. Telus dan jelas. Tugas kita adalah
menyampaikan, bukan mencari sokongan. Sebaliknya, untuk membantu orang
membuat keputusan. Tak perlulah buat keputusan untuk orang itu.
Seseorang
itu dikehendaki memberi pandangan yang disokong oleh keterangan, hujah
dan dalil. Janganlah orang disuruh sahaja mengikuti sesuatu pandangan
sedangkan kita tidak menyakini pandangan atau di satu pihak lain ada
pandangan yang lebih baik. Jika terdapat beberapa pandangan yang paling
baik, ini sangat baik, kerana kita boleh memilih yang mana yang paling
baik dan sesuai untuk kita ikuti atau amalkan.
Dalil 4 :-
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat-benar (dalam segala perkara).
Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada
Allah dan Rasul-Nya , maka sesungguhnya dia telah Berjaya mencapai
sebesar-besar kejayaan”.
al-Ahzaab (33) : 70-71
Wallahu taala alam.
No comments:
Post a Comment