Social Icons

Pages

Sunday, January 5, 2014

Dapat solat di kaabah



“Zul, Syukur aku sangat tak sangka, dapat jua akhirnya”, kata Abu Dubeis kepada Zul sekembali daripada Haji dengan niat mengundang pertanyaan lanjut darinya. “Dapat apa? ” kata Zul.  

“Aku dapat bersolat dalam kaabah, pengalaman indah yang tak dapat aku lupakan,” kataku dengan bersungguh.

“Kau jangan buat lawak, mentang-mentang aku belum pergi haji, mana ada orang kita dapat masuk dalam kaabah, apalagi solat. Kalau ada pun, orang-orang besar. Mungkin kerajaan Arab Saudi bagi, yang lain macam kita ni, dalam mimpi jelah, kalau dapatpun. Itupun belum tentu.”

“Yalah, tak caya takpa, tak paksa pun”. “Kalau aku boleh buktikan macam mana”. Kata Abu Dubeis membalas.  Kau janganlah main-main, kan baru balik haji. Nak gurau pun patut-patutlah,  jangan  nak bohong”, geram Zul. “Baiklah, janganlah marah ‘my good friend’.  Gurau mungkin juga. Tapi tak sungguh saya tak kata,  jawab Abu Dubeis macam ala-ala berpantun pula.  


Abu Dubeis kemudian menjelaskan maksud kata-katanya. Barulah Zul berpuashati. Barulah dia percaya kata-kata Abu Dubeis. Benarlah Abu Dubeis. Benar dia akan apa yang dikatakannya.
Apakah benar kata-kata Abu Dubeis itu? Adakah dia main-main atau sungguh-sungguh? Bagaimana mungkin. Takkanlah, insan sepertinya dapat layanan istimewa Raja Arab Saudi. Sabar. Kejap lagi kita tahu. …

Hijir Ismail
Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah, sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir Ismail jika kamu hendak masuk ke dalam kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Mizab
Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijir Ismail. Menurut sebahagian pendapat, di bawah Mizab ini adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.
  Dalam hal ini, Abu Zubairpun mengatakan serupa bahawa,”Saya melihat Abdullah Ibn Umar, Ibnu Abbas dan Abdullah Ibn Zubair melakukannya.” Sedangkan menurut Ibnu Abbas menegaskan bahawa seseorang tidak berdiri dan berdo’a kepada Allah di antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah, melainkan ia telah menyukai sebahagian dari apa yang menjadi kebutuhannya.

Oh! rupa-rupanya Abu Dubeis dapat bersolat dan berdoa di dalam Hijir Ismail.


Keterangan

1.     Terdapat beberapa dalil yang membuktikan bahawa Hijir Ismail adalah sebahagian daripada Baitullah. Firman Allah s.w.t., ertinya: "Dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah)". (Al Haj: 29)

2.     Maka, semasa tawaf, kita harus mengelilingi Hijir Ismail. Jika tidak mengelilinginya maka tawaf kita tidak sah. Hijir  adalah tempat di mana Nabi Ibrahim a.s. meletakkan isterinya Hajar dan puteranya Ismail a.s. ketika ia membawa mereka ke Mekah. Ia memerintahkan Hajar membuat bangsal di tempat tersebut.

3.     Bangsa Quraisy telah memasukkan sebahagian dari kaabah ke dalam Hijir, kerana kekurangan dana mereka ketika membangunnya kembali setelah dibaikpulih. Di saat Abdullah bin Zubair r.a. menguasai Mekah, ia memulihkan Kaabah dan membangunnya kembali, dan memasukkan kembali bahagian Kaabah yang dikeluarkan oleh Quraisy ke Hijir.

4.     Tetapi setelah terbunuhnya Ibnu Zubair, Hajjaj mengembalikannya lagi ke dalam hijir, dan membangun dinding di atas tapak yang dibangun oleh Quraisy, dan demikianlah hingga sekarang.

5.     Dalil yang menunjukkan bahawa sebahagian Hijir termasuk bahagian dari kaabah adalah hadith yang diriwayatkan dari Aisyah r.a: "Kalaulah bukan kerana kaummu baru saja meninggalkan kesyirikan (kejahiliyahan), nescaya aku telah menghancurkan Kaabah dan pintunya aku buat menjadi sejajar dengan tanah dan aku membuat dua pintu; pintu sebelah timur dan pintu sebelah barat, dan aku tambahkan dari Hijir sebanyak 6 hasta, kerana sesungguhnya Quraisy menguranginya di saat membangun kaabah".

6.     Ibnu Umar r.a. berkata: " Sungguh sekiranya Aisyah mendengar ini dari Rasulullah s.a.w. maka menurutku Rasulullah s.a.w. tidak menyentuh dua sudut berhadapan dengan Hijir, melainkan kerana Baitullah dibina dengan tidak sempurna seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.

7.     Banyak ulama yang menyebut bahawa Nabi Ismail.a.s. dimakamkan di hijir di sisi kuburan ibunya. Tetapi semua riwayat ini dhaif (lemah) tidak satupun yang sahih.

Ini adalah sebahagian kisah (dengan ubahsuai) dpd isikandung buku Haji 2013 bertajuk Baitullah Aku Datang, (Terbiran Karangkraf- Karya Bestari) – karya pengalaman dan pemerhatian atas ibadah haji oleh seorang peguam sivil dan syariah, (Berminat sms: 019-7272817, hishambp@yahoo.com.my).

No comments:

Post a Comment