Social Icons

Pages

Tuesday, January 28, 2014

Cabaran Mereka Lebih Besar.... Tauladan Dalam Mendidik



“Bagaimana harus saya selaraskan ajaran, suruhan Rasul s.a.w. dengan realiti  untuk membesarkan anak-anak di sini yang bagi kami orang Islam, sangatlah sukar dan mencabar . Ada mereka yang menyuruh saya kembali ke negara asal. Tapi saya hendak pergi mana, inilah negara saya.”

Inilah ringkasan soalan diajukan oleh seorang wanita dalam conference ‘Rethinking Islamic Reform’ di Universiti Oxford anjuran persatuan pelajar Islam situ. Melihat wajahnya (yang difokus) menggambarkan apa yang diluahkan datang dari hati yang luhur. Perubahan memek dan kerutan yang banyak dan cepat pada raut-mukanya dalam 1-2 minit soalan dikeluarkan dan dalam keseganannya untuk mengutarakan soalan yang dianggapnya mungkin tidak sesuai di conference berprestij itu, membuatkan kita dapat untuk turut merasai bebanan di jiwa yang ditanggungnya.  

MUngkin kita tertanya-tanya apakah yang besar sangat cabaran mendidik anak di Negara Barat seperti di UK, US dan sebagainya. Begini. Prof Jeffrey Lang[1] pernah dalam satu ceramahnya mendedahkan kerisauan mengenai anak-anak orang Islam daripada generasi ke2 atau ke3. Bagi orang-orang Islam yang datang berhijrah dari luar Amerika Syarikat, biasanya daripada pelbagai negara Islam atau negara susah, mereka adalah kebanyakan orang dewasa yang mempunyai iltizam agama yang baik dan pegangan budaya asal yang masih kuat. Manakala bagi golongan mualaf (termasuk warga tempatan Amerika , kulit putih seperti beliau) mereka pula masuk Islam atas kefahaman dan kesedaran. Mereka ini lebih bersedia untuk menempuh cabaran hidup di kota metropolitan Amerika Syarikat. Namun bagi anak-anak orang Islam, iaitu anak-anak mereka yang lahir di Amerika, mereka lahir dalam budaya Amerika Syarikat dan terdedah kepada pelbagai bentuk pengaruh termasuk yang negatif dan yang sangat negatif. Budaya kebebasan tanpa had dengan keseronakan hiburan dan arus kemodenan menyebabkan mereka merasakan apa yang cuba diwariskan kepada mereka oleh ibubapa mereka mengenai budaya, tradisi dari negara asal begitu dirasa ketinggalan dan menyekat kebebasan. Apabila budaya dan adat ini bercampur gaul dengan ajaran agama, yang kadangkala dirasa bercanggah dengan akal fikiran mereka, logik mereka, mereka mula mempersoalkan kerelevenan agama mereka! Apabila mereka cuba menyuarakan, tindakan mereka ini menerima kemarahan ibubapa …. Lalu maka mereka sekadar memendam rasa, sedangkan hakikatnya mereka mulai menolak agama. Mereka sedikit demi sedikit mengabaikan tuntutan agama dan menjauhi aktiviti kemasyarakatan Islam dikejiranan mereka. Apabila dewasa, agama tiada lagi menjadi pegangan mereka. 

Kembali kepada kisah pertanyaan wanita tadi. Syeikh Hamza Yusuf Hanson[2] , seorang panel jemputan dari Amerika Syarikat  telah memetik hadis ‘ghurabak’[3] dan menjelaskannya sedikit. Kemudian  beliau mencerita sedikit pengalamanya sebagai iktibar.

“Ketika saya dalam penerbangan  menuju Kuwait, disebelah saya adalah seorang rakan wartawan terkenal … ketika dalam penerbangan, ada seorang pramugari menghampiri kami. Tertulis pada nametag, namanya Aisya. Saya tanya darimana asalnya? Senegal, jawabnya. Rakan saya kemudian tertanya “Awak dapat solatkah?” “Ya, katanya.” Kawan saya berkata lagi, “Boleh tak saya Tanya sesuatu lagi? “Ya, Boleh “ katanya. 

“How do you feel about serving wine on the plane? She said; “ it’s really hard but I’d use my lefthand.”

(Bagaimana perasaan awak tentang perlu menghidangkan arak dalam kapalterbang?” “Ia terlalu sukar (berat hati) untuk saya (melakukannya) tetapi saya menggunakan tangan kiri”

Syeikh Hamza menjadi sebak semasa menceritakan pengalaman ini.

Syeikh Hamza merasa sedih dan terharu mendengar jawapan peramugari itu. Dalam keadaan cabaran pekerjaan dan kehidupan, pramugari itu cuba beriltizam menjaga agama mengikut apa yang dia fikir dia rasa itu yang termampu untuk dia lakukan. Dia mengangap dan tahu arak itu jijik dan dosa. Lalu untuk melakukan perbuatan dosa dan keji (menghidangkan arak) dia menggunakan tangan kiri … sbg tanda tidak suka, dan simbol bahawa kiri untuk urusan benda kotor.

Lalu Syeikh Hamza mengakhirkan kata-katanya kepada penanya tadi:

“….  lots of people are struggling out there. So, God bless you.”
(Banyak orang lain diluar sana yang berusaha keras mengharung cabaran. Semoga Tuhan merahmati kamu) 

Mengapa kisah ini?

Saya mempunyai kebimbangan dengan generasi muda melayu kita. Saya melihat bagaimana anak-anak tidak dikawal oleh ibubapa secara wajar dan berkesan bermula ketika di awal remaja. Anak-anak tidak diberikan dan dipantau aktiviti-aktiviti harian mereka (khususnya selepas pulang sekolah atau ketika tidak bersekolah). Mereka membuang masa dan terdedah kepada risiko keburukan yang lain.

Pelbagai faktor kenapa ia berlaku tetapi faktor pertama- utama ialah tiada ilmu, kefahaman, kesedaran dan kemahuan bersungguh untuk melakukannya. Faktor kedua-pelbagai lain ialah seperti isu wang yang tidak cukup-cukup menjadikan  ayah terpaksa bekerja lebih masa, tidak cukup lagi -ibu pula yang bekerja, tidak mendapatkan alternatif jagaan yang baik dikala ibu juga terpaksa bekerja dan pelbagai lagi.   

Masalah yang timbul atas faktor kedua boleh dikurangkan jika faktor pertama dilakukan secara berkesan. Ibu dan bapa mestilah menyusun jadual harian anak-anak mereka setiap hari dan mesti berbuat sesuatu untuk mereka dapat memantau dan memastikan agar jadual harian itu dipatuhi. Sekiranya berlaku keculasan pun, ia masih dalam keadaan terkawal dan sentiasa dapat diperbetulkan.

Saya kasihan melihat anak-anak kampung yang merayau, ke sini sana selepas pulang dari sekolah. Mungkin kedua ibubapa mereka bekerja,atau siibu yang tidak bekerja sibuk dengan urusan lain. Mungkin juga ia dianggap ia suatu keadaan biasa dikampung. Anak-anak ini sihat dan lasak tetapi tanpa kawalan, maka aktiviti masa lapang mereka ditentukan oleh mereka sendiri. Maka kebanyakan mereka kurang menyerlah dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan agama, dan kemudiannya ramailah yang kelak akan mengikut jejak langkah abang dan kakak mereka bekerja dikilang-kilang berdekatan. 

Sesuatu perlu dilakukan untuk membantu anak-anak kampung ini.

Semasa saya mendaftarkan anak saya di tingkatan 1 sekolah IMTIAZ, Melaka, saya melihat bagaimana keadaan pergaulan anak-anak dan ibubabapa dan keluarga mereka. Begitu mesra dan bahagia. Saya percaya suasana itu mewakili gambaran keadaan yang lebih penting iaitu:-
1.     
             (1) Anak-anak itu dikawal dengan baik,(2)      pelajaran mereka dipantau … 

Seperkara lagi, saya sedikit terkesima melihat kepada kereta-kereta mahal yang dipandu ayah mereka….  (Kebanyakan dari KL dan Selangor). Pasti tiada masalah kewangan untuk anak-anak ini  diberi  sokongan luar yang pelbagai termasuk tutorial berkualiti, kem-kem motivasi dan ganjaran hadiah istimewa yang menanti.   

Sedangkan anak-anak kampung tadi….

hisham-ahmad.blogspot.com


[1] Pakar Matematik, dari seorang Kristian Menjadi Atheis dan kemudian memeluk Islam.
[2] Hanson (warga Amerika kulit putih yang memeluk Islam sejak umur 17-18 tahun dan belajar agama di Timur Tengah lebih 10 tahun) Ilmuan agama terkenal di Amerika Syarikat
[3] Berkaitan - tentang Islam bermula dalam keadaan asing dan kembali kepada keadaan asing,… beruntunglah orang yang asing. Sila googling..

No comments:

Post a Comment