Social Icons

Pages

Thursday, January 23, 2014

Ikut (Cara) Nabi Gerenti Tak Rugi

tempat harapan untuk disemadikan


“Aboon, kau sangat minat Chef Wan. Ni ada 2 kek, yang hijau ni memang aku beli dari anak  Chef Wan sendiri, dia kata bapa dia sendiri yang buat kek ni. Promosi kat supermarket kat bandar itu.”  

“Satu lagi kek ini aku dapat daripada kedai Nek Peah,  dia pun kata yang pembekal kek ini kata  Chef Wan yang buat kek merah ini.” “Kau nak yang mana?” tanya Oos.

“Sebagai peminat Chef Wan, tentulah aku pilih kek hijau ini sebab sahih daripada Chef Wan sendiri!,” Aboon menjawab.

“Tapi yang merah ni ... macam lebih sedap rasanya!” balas Oos.

“Tu aku tak peduli, aku tetap pilih yang hijau sbb aku peminat fanatik dia. ” Aboon bertegas.


“Tipah  sayang (arwah) nenek kan. Ini lagu “Seputih gandum” yang nenek sangat suka masa hidupnya.  Dia ajar abah nyanyi, dan dia suruh ajar cucu-cucunya nyanyi,  kalau cintakan nenek.” Kak Milah mengingatkan adiknya.

“Tapi, Tipah dah upah komposer M.Nusir untuk buat lagu “Semerah Padi” sebagai tanda kasih kepada nenek. Ada lirik tentang kecantikan nenek!” Tipah seperti enggan.

“Sukahati engkaulah Tipah, tapi Kak tak pasti kalau nenek suka. Walaupun memang masih muda nenek cantik. Tapi kalah lagu “Seputih gandum” memang confirm nenek suka. Nenek dulu memang suka makan lempeng dan cekodok!”    

“Betullah tu. Lebih baik buat yang pasti nenek suka!” Tipah mengaku kalah.

“Takpelah, kalau nyanyi lagi baru tu ...sekali- sekala. Tanda sayang juga. Mungkin nenek suka. Tapi ingatlah, utamakan yang  dah pasti nenek suka!” Kak Milah menjelaskan.  

Kenapa pula tiba-tiba saya membuat 2 contoh yg agak mengarut ini. Ini kerana pada penulisan saya tentang selawat syifa, seorang saudara kita telah memberi komen bahawa ia ‘isu khilaf’ yang tak perlu dibincang lagi. Saya tidak bersetuju kerana ia wajar dibincangkan kerana ia sendiri disebut isu. Namun perbincangan itu bukan dengan cara atau bertujuan untuk bergaduh atau menyesatkan mana-mana pemberi dan penyokong pandangan. Sebaliknya perbincangan atas hujah ilmiah. Tujuannya supaya dapat difikirkan mana yang paling baik untuk diamalkan dan sebagainya.

Inilah antara kepentingannya.

Sebagai contoh cuba agak-agak, berapa diantara kita yang dalam sehari melafazkan selawat syifa, munjiyah, tafjiriyyah dan sebagainya dalam masa yang sama membaca selawat ibrahimiah.

Selawat ibrahimiah (versi lengkap) paling kurang dibaca sebanyak 5 kali dalam solat fardu. Selain itu, bergantung juga bilangan solat sunat dalam satu hari. Namun perlu diingati bahawa ia bacaan selawat yang kita diperlukan baca dalam solat.

Persoalannya,  berapa banyak selawat ibrahimiah yang kita baca diluar waktu solat sebagai bukti kita banyak mengingati rasul s.a.w. Selawat Ibrahimiah adalah selawat paling sahih, bersifat tauqifi, dan cara berselawat yang diajar sendiri rasulullah s.a.w. untuk kita melakukannya dan paling confirm disukai rasul s.a.w. dan paling pasti kelebihan dan fadilatnya.

Oleh ia sangat perlu diperbanyakkan untuk diamalkan  diluar solat - mengatasi, jauh mengatasi bilangan selawat-selawat yang lain (yang bukan dari ajaran Rasul s.a.w. sendiri atau yang telah diubahsuai).

Seperti apa yang saya fahami dari nasihat Maulana Asri, pakar hadith tempatan,  ambillah, amalkan dan utamakan zikir/selawat yang pasti sahih dari rasul s.a.w. biarpun ia mungkin tidak sesedap zikir/selawat yang lain, atau dalam bahasa saya walaupun mungkin kita rasakan liriknya, iramanya tidak sesyahdu yg kita biasa amalkan hasil gubahan insan lain yang juga mencintai rasul saw.

Seperti apa yang saya fahami daripada kuliah Dr Zaharuddin  tentang jika tidak silap, pendekatan wasatiy dalam mengamalkan sunnah... dimana jika kita amal / baca lafaz yang tidak sahih daripada rasul s.a.w  (walaupun sedap di halwa telinga kita) dan mengenepikan atau mengurangkan amalan/lafaz yang sahih daripada rasul s.a.w , walaupun tidak salah namun ia rugilah , rugilah- dari segi pahala  dan sebagainya.  Ia tentu bukan cara pendekatan wasathiy dalam memahami atau mengamalkan sunnah nabi.  Wallahu taala alam.

(Untuk pendetailan, sila rujuk semula isu selawat sebelum ini dalam blog saya).

 hisham-ahmad.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment