Inilah masanya Untuk Destinasi Kejayaan Sebenar Ditetapkan. 12/1/2014 di Sek. Men. Imtiaz, Masjid Tanah
Melaka. Aku mendengar ucapan Dato Sri Zahid
Hamidi yang antara isikandungnya ialah visi beliau agar anak-anak di situ
dilatih hingga menjadi hafiz/hufaz dalam tempoh awal usia remaja mereka di samping
diberi pendidikan agama sewajarnya. Seterusnya
anak-anak ini disasarkan untuk cemerlang dalam akademik khususnya dalam
bidang sains, matematik dan sebagainya.
Perancangan yang telah dibuat kelihatan mengkagumkan.
Hanya ibubapa yang hadir dapat mengerti.
Aku seronok mendengarnya dan di sini menyatakan rasa penghargaan kepada
Menteri ini yang sebelum ini begitu hebat ‘diserang’ oleh blogger pembangkang
atau diblog/web pro-pembangkang. Inilah sisi lain Menteri ini yang mungkin
ramai tidak mengetahuinya.
Walaupun begitu, bukan Menteri itu yang ingin
aku bicarakan. Ada sesuatu yang ingin ku kongsikan bagi difikirkan bersama oleh
kita semua, khusus para ibubapa.
Lihatlah tadi. Alangkah beruntungnya
pelajar-pelajar cilik ini! Dalam usia 13
tahun, sasaran kerjaya masa depan yang
indah untuk mereka telah dirancang, dirangka dengan teliti. Pasti program-aktiviti
yang pelbagai juga sudah diatur untuk mencungkil, membajai dan menyuburkan daya intelek dan kreativiti mereka. Mereka ingin dididik dengan
perancangan agar dapat memasuki antara 20 universti terbaik di dunia bagi
jurusan bidang sains, teknologi, perubatan dan sebagainya, dengan harapan agar mampu mengikuti jejak langkah tokoh cendekiawan Islam yang
tiada warisnya lagi iaitu seperti Ibnu Sina, Ar Razi, Al-Khwarizmi dan
lain-lain.
Mampu atau tidak mampu, sebahagian besarnya
bergantung setakat mana anak-anak ini mampu berjuang bagi merealisasi kan visi
besar itu. Semoga impian menjadi kenyataan.
Begitu juga bagi kesemua anak kita yang lain,
apa lagi dari kalangan mereka yang padanya disandarkan harapan ibubapa,
guru-guru atau pihak sekolah untuk mendapat keputusan yang cemerlang sama ada
dalam apa jua peperiksaan;- UPSR, UPKK, SIA – PMR - SPM hingga seterusnya.
Mereka semuanya terpaksa melalui proses
pembelajaran yang telah ditetapkan secara teratur disekolah, di rumah, di pusat
tuisyen, di bengkel, melalui kursus, kem dan pelbagai program pembelajaran dan
motivasi yang lain (dengan pelbagai istilah dan jenama). Semuanya bertujuan membantu
mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Dalam ertikata, untuk mendapat keputusan yang
paling baik.
Diakui atau tidak, penghujungnya ialah bagi
mendapatkan satu kerjaya yang baik dalam bidang yang baik dan menghasilkan
pendapatan yang baik. Berbelas tahun, mungkin puluhan tahun umur perlu dihabiskan
bagi proses pembelajaran rasmi ini.
Berbeza dengan zaman dulu, diera persaingan
zaman ini, ibubapa lebih terkehadapan dalam memikirkan perancangan kerjaya dan
masa depan anak-anak. Insuran disediakan. Hala tuju pembelajaran juga dirancang
dari awal. Sekolah-sekolah terbaik telah dikenalpasti. Kos pembelajaran diusahakan.
Sedapatnya anak-anak disasarkan ke arah kerjaya
berreputasi tinggi dan memberi pulangan wang yang baik seperti doktor, jurutera,
akauntan, pensyarah kemudian menurun mengikut minat dan kemampuan
anak-anak.
Begitulah teliti dan kemasnya perancangan
ibubapa dan guru. Terbuktilah ramai anak-anak kita yang berjaya mendapat 5A
dalam UPSR, 9A dalam PMR termasuklah
anak saudara saya.
Persoalannya, pernah tidak kita merancang atau
berapa ramai ibubapa diluar sana yang telah memikir, merancang, merangka
seterusnya menyusun program-program berkaitan, kejayaan yang hakiki iaitu memasuki
syurga tanpa hisab.
Tanpa Hisab?
Semua orang nak masuk syurga. Itu dah dikira
sangat berjaya. Tetapi orang yang lebih bijak pasti bukan sahaja ingin masuk
syurga, tetapi mesti mahukan syurga yang terbaik atau lebih baik dari yang
baik. Syurga itu banyak tingkatannya. Mengapa tidak berusaha bagi syurga
tertinggi, Firdausi a’la.
Orang yang lebih bijak juga mesti mahu masuk
syurga tanpa hisab, kenapa? Kerana hisab itu adalah proses pemeriksaan, proses
kira bicara yang sangat berat dan seksa. Bayangkanlah hari itu, disimpang untuk
memasuki ke arah masjid Al-Azim Melaka, saya mengalami ‘jam’ teruk , sedangkan
laluan disimpang satu dibiar kenderaan lalu berterusan oleh polis trafik.
Hati ini ‘dah angin’. Apa sebabnya begitu lama dibuat begitu, sedangkan
dibelakang saya begitu panjang kereta beratur?” Alkisah rupa-rupanya ada golongan VIP yang
akan lalu.
Begitulah hebatnya manusia VIP yang diberikan
laluan mudah tanpa halangan. Saya pula, baru sekejap tertunggu, sudah terseksa
dirasa. Bayangkan pula keadaan yang jauh lebih memenderitakan bagi berbilion
manusia yang menunggu proses soal bicara, semakan atau pemeriksaan atau dalam
bahasa biasa disebut hisab, selepas hari kebangkitan sesudah berlaku
kiamat. Dalam keadaan ‘stress’ dan ‘tension’
yang tidak terbayang itu, tiba-tiba kita melihat segolongan manusia melalui
satu lorong secara mudah dan terus tanpa pemeriksaan untuk menuju ke
syurga-Nya. “Trafffic’ ketika itu dikawal selia oleh malaikat yang garang, gagah
dan tidak ‘makan’ rasuah.
Inilah masa terbaik!
Oleh itu tiba masanya pelan perancangan (MSTH =
bukan math tapi masuk syurga tanpa hisab) ini ditetapkan, dirangka dan
dilaksanakan. Jika ibubapa tidak sempat memikirkan, maka dikau wahai anak-anak,
dikau sendiri yang perlu merancangkannya.
Anak-anak remajaku!
Dalam keadaan kau sudah diusia PMR, atau sudah
menyelesaikan UPSR, sama ada kau semua telah baligh atau dah terlalu hampir
kepadanya, kau telah mulai dipertanggungjawab atau hampir akan mulai dipertanggungjawabkan
secara sendiri baik akan baik-buruk pemikiran, perkataan dan perbuatanmu. Akaun
dosa dan pahala dirimu telah dibuka. Terserah yang mana yang lebih banyak mahu
kau ‘deposit’kan.
Mati itu pasti. Bila ia tiba, sesaat pun tidak
dilewatkan, tidak diawalkan. Jika kau bersedia ketika itu, berbahagialah, jika tidak, menderitalah.
Sudah tiba masanya untuk kau ‘postkan di blog’ kisah
hidupmu, strategi perancanganmu untuk masuk syurga tanpa hisab. Tentu ia
memerlukan 2 syarat iaitu iman yang kuat dan amal soleh yang hebat. Maka
mulakan langkah kedewasaan mu, langkah hidup dengan bersih sebersihnya, dengan tepat-setepat-tepatnya.
Duhai anak-anak ku!
Janganlah kau leka dan alpa kerana kau akan
menyesal tidak terkira, seperti telah tertimpa keatas sekian ramai orang-orang
yang telah tua, atau bukan lagi muda. Begitu ramai di antara mereka berharap,
kalaulah... kalaulah masa muda mereka
dikembalikan, nescaya mereka mereka akan membuat persediaan hidup yang lebih
berkesan, kalaulah masa muda mereka dikembalikan pasti akan mereka lakukan
semula dengan cara berlainan, cara yang
tidak merugikan, kalaulah masa muda mereka dikembalikan, pasti mereka tidak mensia-siakan
apa yang telah mereka sia-siakan. Banyak masa yang telah dibuang, banyak
peluang yang telah dilepaskan. Banyak dosa telah dilakukan,
Justeru betapa sibuk kau mengejar kejayaan
kerjaya masa depan mu, sekurang-kurangnya ingatlah bahawa:-
(1)
solat fardu dilakukan tepat pada masanya,
secara jemaah untuk yang teruna
(2)
dalami ilmu agama dari ilmuan yang diyakini
kesahihan ilmu dan keadilan sifatnya, fokuskan dalam perkara-perkara utama,
akidah, ibadah dll
(3)
utamakan ustaz-ustaz yang sudah dikenali (di
kaca TV) dengan pendekatan wasathi seperti Ustaz Zulkifli al Bakri (akhlak),
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (kewangan), Ustaz Aizam Masod (Akidah), Ustaz
Zahazan (Al-Quran), Ustaz Mazlee Malik (Politik Islam Dunia dan Tempatan), Ustaz
Pharol (Motivasi Profesional diri) Ustaz Hasrizal (Pendidikan) dll
(4)
peruntuk masa tertentu untuk zikir sendirian,
utamakan yang sahih dari nabi saw
(5)
berakhlak mulia dan hulurkan pertolongan kepada
kepada yang memerlukan
(6)
berdakwah , sebarluaskan agama Allah.
Wahai ibubapa,
sebenarnya semua di atas ditujukan untuk anda
semua juga. Rancanglah untuk mereka memasuki syurga tanpa hisab dari sekarang, dengan
itu juga semoga mereka akan mudah mendapat
title anak soleh. Bukankah kita juga yang mendapat manfaatnya!
Takkanlah untuk kejayaan dunia, untuk kerjaya
dengan pendapatan 5 angka, untuk kebahagian sementara –kita merancang dengan begitu
teliti tetapi untuk kebahagian abadi, kita tidak pernah merancang dan
memikirkan. Mengapa tidak kita merangka modul bersama untuk masuk syurga tanpa
hisab. Sudah sampai masanya kita bincang perkara ini secara bersama agar :-
(1)
jelas
pada objektif atau matlamat - masuk
syurga tanpa hisab.
(2)
dapat
menyusun terma, syarat atau peraturan bagi mencapai objektif itu
(3)
kemudian
berusaha keras memenuhi terma, syarat dan peraturan itu
Kesimpulannya:-
1.
Marilah
kita bersama-sama bersifat objektif mengenai matlamat akhirat kita
2.
Mari
kita menetapkan dan mengikrarkan bahawa matlamat kita ialah untuk memasuki
syurga tanpa hisab ... jangan segan, malu dan silu
3.
Mari
kita menyenaraikan terma , syarat dan peraturan dalam mencapai objektif itu
sebagai senarai semak.. ia boleh jadi berjela –senarai ikut prioriti
4.
Mari
kita usahakan bersungguh untuk melakukannya .... mulai sekarang...
Aim
High
Hakikatnya,
untuk masuk syurga tanpa hisab... sangat
tidak mudah tapi bukankah belum cuba, belum berusaha... belum tahu. Maka,
targetlah yang tertinggi setinggi syurga Firdaus, agar jika tidak capai pun...
sasaran kita tidak jauh terjatuh.. .masih pada tingkatan syurga yang terbaik.
Sekurang-kurangnya
kalau sasaran kita tergelincir pun ialah kita – dapat masuk syurga tanpa
melalui neraka... hanya orang gila dan orang yang ‘enggan’ sahaia yang sanggup
masuk neraka dahulu... .kemudiaan masuk syurga.
Benarlah
... kita masuk syurga kerana pengampunan dan Rahmat Allah Taala, namun
tingkatan syurga bergantung kepada amalan kita, menurut pendapat yang dapat
dipercaya.
Biar
apapun, golongan bijaksana adalah diperintahkan untuk ‘berjihad’ iaitu to strive
dan struggle-
Allah
s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran
yang mulia, melalui surah Ankabut 29:69:
Bermaksud; “dan orang-orang yang berjihad (berusaha dengan
bersungguh-sungguh) kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah
berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Perancangan
Sekarang:
Kita
mesti ada ‘knowledge, skill dan desire’ untuk
mencapai setiap terma itu supaya setiap perkara baik itu menjadi ‘habit’
atau akhlak kita sehingga kita menjadi ‘highly effective’ mukmin. Sebagai
permulaan untuk perubahan yang sekarang ini perlu dimulakan, buat senarai semak
harian, type dan print out untuk diri, ibu dan bapa dan keluarga
kita kita supaya kita sentiasa boleh tengok dan perasan apa yang tertinggal apa
yang tercuai dan kita boleh sentiasa update...
Wallahu
taala.
Ziarahi
blog I : hisham-ahmad.blogspot. com
No comments:
Post a Comment