“Ngapa,
along perangai pelik macam tu. Malulah,abah. Dahlah asyik senyum tersengih.
Lepas tu dia tutup mata dengan tangan, lalu depan orang. Malulah kawan-kawan
kat sekolah tengok!”
Begitulah
luahan Faruq kepada bapanya mengenai perlakuan abangnya yang berumur 12 tahun.
Tua setahun daripada dia. Berbanding dengan Danial yang ketinggalan dalam
pelajaran, kurang berkawan dan sentiasa bersendirian, Faruq pula begitu
menyerlah dalam pelajaran, disukai guru dan kawan-kawan.
Perlakuan
abangnya, Danial dianggap telah memalukan dirinya.
“Mengapa
abang kau tu, Faruq. Pelik semacam je”
“Tadi, abangkau menjerit-jerit di dalam kelas,
sebab diusik oleh kawannya”
“Hari
itu dia menangis, sebab dikacau lagi kawannya”
Bermacam-macam
lagi. Ada yang keterlaluan dan menghiris perasaan. Tidak tergamak untuk
dinukilkan.
Abah
terdiam seketika. Ini bukan kali pertama. Sebelum ini pernah dia menjelaskan.
Mungkin perkara ini perlu selalu diperkatakan sebagai motivasi dan kefahaman
berterusan. Faruq pun masih budak-budak dan perlukan sokongan. Abah berkata;
“Siapa
yang jadikan Danial? Allah, kan”
“Adakah
Danial meminta ia dilahirkan begitu. Tidak, bukan. Itu kehendak Allah. Allah
menjadikan Danial dengan kekurangan,
dengan tujuan apa?
Sebagai ujian bagi dia, dan bagi kita, ahli
keluarganya dan bagi sesiapa juga yang berurusan dengan dia. Bagaimana kita
menghadapinya?Secara yang Allah redai atau murkai?
Abah
dah kata dulu. Apa matlamat akhir kita? Ya, ke syurga.
Faruq
rasa bahagia, Allah bagi Faruq kepandaian. Semua orang suka orang yang pandai.
Semua orang rasa orang pandai lebih mudah berjaya di dunia. Boleh kerja baik
dapat duit banyak, kan.
Faruq,
bila kita pandai, ilmu kita banyak. Ujian dan tahap ujian kita tentu lebih
tinggi. Hisab kita tentu lebih payah. Tanggungjawab yang dibebankan ke atas
kita tentu lebih banyak dan berat. Allah pasti mengkehendaki kita berbuat jauh
lebih baik dari orang yang kurang bernasib baik.
Insan
yang kekurangan, cacat, daif atau miskin pasti dinilai pada kedudukan yang
berbeza daripada kita. Danial ada kelemahan pada fikiran. Dia tidak mampu
memproses maklumat sebaik kita. Dia sukar memahami dan sukar berkomunikasi.
Pada
pandangan manusia, dia anak yang lemah, tidak bijak. Tidak pandai menilai,
tidak pandai membuat keputusan. Tidak seronok berkawan dengannya. Tidak ramai
yang suka. Mungkin nanti sukar dapat kerja yang baik, tidak dapat banyak wang.
Tapi
di sisi Allah, dia anak yang ‘innocent’,
suci, dari sudut dia tidak mudah berdosa. Dia tidak pandai berbohong,
bercakap lurus. Dia tidak tahu menipu. Daya fikir, nilai dan keputusannya
lemah. Hisabnya pasti mudah. Lebih lemah fikiran dia, lebih suci dia di sisi
Allah.
Hidup
menyendiri kurang berkomunikasi, kuranglah dosa umpat, fitnah dan mengeji. Dia
juga akan sering dipermainkan manusia, diketawa dan dibuat gurau-senda,
menjadikan begitu ramai orang berhutang, berdosa dengannya.
Adakah
kedudukan Faruq lebih baik disisi Allah berbanding dengan Danial..? Adakah
Faruq akan mendapat kedudukan yang lebih baik daripada Danial di akhirat nanti?
Tidak kita ketahui lagi, kan.
Bagi
keluarganya, seperti kita. Abah dan Faruq, adiknya. Allah menguji kita. Setakat
mana kita dapat membantu Danial bagi
kehidupan dunia dan agamanya. Faruq. Kebijaksanaan Faruq, beri banyak
kelebihan. Jadi Allah mengkehendaki Faruq berbuat sesuatu yang jauh lebih baik
daripada Danial. Allah mahu Faruq gunakan kebijaksanaan Faruq termasuk untuk
membantu Danial.
Kita
mesti reda dengan apa yang Allah dah tentukan bagi diri Danial. Jangan kita
pertikaikan. Jangan kita persoalkan lagi. Jangan berkata.. kalaulah!
Mengapalah! .. Jangan mengeluh. Kita mesti bersabar.
Lebih
hebat lagi kalau kita bersyukur dengan
apa yang kita ada dan terima. Kita hadapi dengan sabar dan kita berusaha
sebaiknya untuk membantu Danial. Biarlah dia berjaya di dunia dan
diakhirat.
Segala
susah payah yang kita lalui dengan kesabaran dan rasa kesyukuran adalah bukti
kejayaan kita melepasi ujian yang Allah telah tetapkan.
Faruq,
ketahuilah anakku.
Ketika
itu Danial adalah satu jalan yang Allah sediakan untuk kita ke Syurga-Nya.
Kisah di atas adalah sedutan sebahagian
daripada isikandung buku Aku
bersyukur anakku autisme 2013.
(* Siapa
berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga
Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf) dan Syurga lebih hampir tanpa Riba
(Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau layari blog saya untuk pembelian
atau sms 019-7272817)
Hisham-ahmad.blogspot.com
menitis airmata sy baca kisah ni.Mmg tak byk beza dgn anak ke 2 sy yg kini berumur 14thn.Pelbagai dugaan menimpa anak kami.Ya Allah ampuni dosaku.
ReplyDelete